Pages

Showing posts with label My Day. Show all posts
Showing posts with label My Day. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE di kawasan anda

Assalamualaikum dan salam ceria kenalan semua.

 
 

Ya, benar! SAYA ISZURAINI ISMAIL ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di SELURUH MALAYSIA dgn penghantaran terus ke kawasan2 anda melalui Pos Laju atau GDEX. Tetapi jika anda ingin COD (Cash On Delivery), anda boleh pick-up sendiri dari saya atau anak2 buah saya mengikut kawasan berdekatan mereka seperti berikut:-

 
CHANGLUN - JITRA , KEDAH


  • Pn. ROSNANI NAYAN
  • FB : Nani Wan
  • Hp : 019-5904415


KUALA PERLIS, PERLIS
 
  • Pn. ASYURA ALI
  • FB : Syura Ali
  • Hp : 017-4823985

LEMBAH KLANG , KUALA LUMPUR & SELANGOR






  • Pn. FARHANA SAKIRON (SENTUL - LPP, KL)
  • Hp : 013-3657724


  • Pn. MONA ERLISA (TMN MELATI - SETIAWANGSA - MINDEF, KL)
  • Hp : 012-2711562

    • Pn. NOR SHALIZA (SETIAWANGSA - MINDEF, KL)
    • Hp : 011-23565730



  • Pn. RUBIAH MAMAT (PUCHONG - KINRARA - AEON)
  • Hp : 017-9350315 / 014-5349460



  • Pn. NURSHUHADA SAPUAN (HOSPITAL AMPANG - SEMENYIH)
  • Hp : 019-6658865

KENINGAU , KOTA KINABALU
 


 
MIRI, SARAWAK




SAMARAHAN - KUCHING, SARAWAK




JOHOR, JOHOR BAHRU




 

(Insha ALLAH list akan bertambah dalam jangkamasa terdekat. Jika anda mahu nama anda tersenarai dalam list di atas, boleh emelkan kepada saya iszuraini@hotmail.com, atau untuk kadar segera maklumbalas boleh juga dihubungi melalui sms/text/whatsapp di : 0176772416 agar dapat saya terangkan bagaimana SHAKLEE membantu mengubah hidup saya)

Di sini diantara senarai supplement yang disediakan bagi tujuan :-
  • Set Kesihatan Optimum
  • Set Ibu Menyusu
  • Set Ibu Berpantang
  • Set Ibu Mengandung
  • Set Untuk Kecantikan Kulit
  • Set Bagi Masalah Berat Badan
  • Set Kesuburan
  • Set Untuk Anak Pintar dan Kurang Selera Makan
  • Set Suami Isteri
Dan banyak lagi sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan optimum seperti dikalangan warga emas, untuk pelajar, dan sebagainya.

Hakikatnya tidak penting di mana saya berada. Paling penting anda mendapat pesanan anda dengan selamat dan terjamin. Bagi yang membuat pesanan dari saya, akan saya berikan panduan dan konsultasi secara percuma secara berterusan selagi anda membuat belian dengan saya. Saya percaya kita membeli dari orang yang kita beri kepercayaan dan bukan atas dasar kasihan semata-mata.
 
Sekiranya berminat untuk mencuba boleh membuat belian dari saya atau mana-mana SID pilihan hati anda sepertimana yang tersenarai di atas. Sekian, Terima kasih. :)



Tuesday, August 28, 2012

cerita raya dan berpantang ~ seronoknya raya dan berpantang dengan Shaklee

salam aidilfitri kenalan sekalian. seronok berhari raya? bagaimana sambutan hari raya anda semua? dalam kemeriahan sambutan berhari raya, jangan dilupa pada yang tiada dan serba kekurangan dengan sambutan yg besederhana yea! bagi saya tahun ini, Alhamdulillah.. sambutan raya yg sangat best walaupun dalam tempoh berpantang ya! 

harini genap 30 hari sudah tempoh berpantang, dan ini wajah baby baru kelahiran 28 Julai 2012. diperkenalkan our new and latest mylovely [H] ; Hayyan Haq b. Mohammad Zuhadi. syukur Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesenangan dan dipermudahkan saat melahirkan cahaya mata yang ketiga ini sama seperti yang sebelum2 ini.
Sangat Comel kannn..! Tido kemain lagi tangan tuu keluar dari dibedong.
makanya pada tarikh hari raya aritu, saya baru berpantang 23 hari. (dalam hari kata orang). kesahnya ini first time saya sambut aidilfitri dengan berpantang. mulanya risau gak bukanlah risau kan apa, lebih kepada risau tak dapat nk makan sedap2 nanti bila time hari raya kann.. maklum ajer la sume hidangan first raya n second raya selalunya memang tak hengaatt! ape dah juadah raya aritu yea..? ha! bayangkan ajer la dengan spagethi + nasi himpit + kuah kacang + rendang ayam + mee soto sume pon mmg best best belaka. tapi diam tak diam sume tuu telah pun ku sebat dan telan jua..hahaha! macam bukan berpantang dah nih..pantang nampak dah tuu kann!..hahahah. okay, ni gambar raya kami sekuarga (sila focus pada gamba org yg dalam pantang tu okay!?)..

first day raya @ day 23rd of confinement

second day raya @ day 24th of confinement
ha! segarr bugaarr kann.. sebabtula penangan makanan yg berzat di kala waktu berpantang itu penting ya!.. kalo asek dok telan sup kering ngan ikan goreng jer mana bleh tahan kann! dan yang paling penting jangan dilupakan supplement2 nih. sangat penting ya, kerana apa? sebab ia memberi nutrien dan memberi tenaga pada ibu2 berpantang dan lagi2 yg menyusukan badan pada baby tu kann..penting ya!!  baby pun nak zat makanan jugak daripada susu mama dia kann.. dan ini, supplement shaklee yang saya amalkan sepanjang tempoh confinement saya :-
dan hanya selang sehari dua saya tambahkan ALFALFA, OSTEMATRIX dan tak lupa juga OMEGA dalam pengambilan supplement harian saya. untuk ketahui keterangan lanjut tentang produk-produk lain untuk supplement harian anda boleh hubungi saya selanjutnya ya!

Thursday, October 6, 2011

MENGAPA SHAKLEE??

saya tanya balik soalan ini pada diri saya sendiri berkali-kali.. MENGAPA SHAKLEE??

pernah suatu masa dulu, sewaktu zaman saya masih kecil.. (time budak-budak kata orang).. seingat saya waktu tu saya masih belajar di sekolah rendah... kalau tak silap.. abang sepupu saya pernah kenalkan produk Shaklee ni pada mama saya. time tu memang tak paham ke hapa satu pun tentang produk ni.. yela masa tu kecik lagi kan. makanya, saya cuma abaikan ajer.. sy dah agak abang sepupu pun waktu itu perkenalkan mama dgn produk shaklee mahukan mama join mereka punye grup hanyalah kerana konsep MLM tu je.. dari situ pada fahaman saya shaklee tak banyak beza dengan produk dan konsep MLM yang lainnya.

dipendekkan cerita,..sehinggalah suatu masa pada April 2011, susu badan saya mula merudum sehingga membuatkan saya mencari jalan dan alternatif apakah cara yang terbaik untuk saya memperoleh susu badan supaya kembali normal?.. jenuh jugak lah saya search di internet, blog, dan akhirnya saya bertanya dekat post wall di FB .. at last saya menemui jawapannya! it is SHAKLEE.. dari situ juga saya berkenal-kenalan dgn kakcery yang sekarang ni juga merangkap selaku sifu saya dalam dunia hal-ehwal shaklee ini. heehhehe.. terima kasih sis!


Full Pack SET B (Breastfeeding set)


Set Tripple M (Superr Dooper Booster for Breastfeeding)
  Set B + Kalsium@Ostematrix + ESP (Energising Soy Protein)


Alhamdulillah Allah permurahkan rezeki anak saya dan disamping tips2 eksklusif dari kakcery dan produk shaklee ni, susu badan saya kembali normal dan lebih meriah! sejak dari itu laa saya teruskan meng'order' produk shaklee - set penyusuan bermula dari trialpack kepada fullpack dan seterusnya untuk lebih mengoptimumkan hasil susu saya, saya add on ESP dan Ostemarix. harganya? sangat berbaloi2.. dengan fullpack saya boleh consume sehingga 4 ke 6 bulan.. BEST! JIMAT! dan LUMAYAN!

bukan sahaja lumayan hasil perahan, malah saya rasa lebih sihat dan sentiasa bertenaga! kerana setelah mencuba produk2 set penyusuan rupa2nya ada macam-macam lagi laa produk2 kesihatan dan vitamin2 yang bagus yang ditawarkan oleh shaklee ini, teruja saya nk mencubanya!!!

bermulalah dari situ sehingga pada bulan Ramadhan baru-baru ini saya bertekad hati disamping mengambil barakah nya bulan Ramadhan tersebut saya sign-up to be one of the member shaklee!.. ID saya? : 858780 ! sah ! hehe.. kerana saya mahu lagi dan terus lagi mencuba dan merasai perbezaannya sendiri kehebatan produk dan vitamin2 shaklee ini.. kerana apa?.. kerana kesihatan merupakan tenaga, kecergasan dan kesejahteraan...kita hanya akan sedar kehadirannya bila kita merasai dan melihatnya... MENGAPA SHAKLEE...? kerana ada sesuatu disebaliknya yang saya baru tahu.. dan bukan hanya sekadar produk sebarangan sama seperti produk2 MLM lainnya..

JOM! cuba produk dan vitamin Shaklee!?..
 ...sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada iszuraini@hotmail.com or sms ke 017-6772416... 




Wednesday, April 27, 2011

seperti hari isnin

hari ini, padahal hari rabu..tapi kemalasan yang melanda diri hari ini serupa seperti hari isnin..! kenapa lah macamtu pulak er? sebab semalam hari selasa dan terasa seperti hari bercuti?..oh bukan jugak kerana itu, tp yg pasti..aku masih terasa penatnya..penat semalam yang masih belum hilang...

kerana semalam..aku melaksanakan tugas tidak seperti biasa.. seawal pagi sebelum subuh aku dah bangun dalam pukul 4.30pagi, (padahal awal setengah jam jer pun sebelum masuk waktu subuh..haha!) bangun bersiap-siap kerana akan memulakan perjalanan seawal pagi ke tempat bekerja. di mana? oh! hari ini tempat kerjanya di Kolumpo nuunnn.. bukanlah kerja sangat pun..ekceli menghadiri satu perbincangan sebagai saksi yang akan beri keterangan.. kira perbincangan bersama mereka yang terlibat, beserta dengan peguam jugak! sebab apa? adalaa..kes yg mungkin melibatkan aku sebagai saksi dakwaan mahkamah. takpe, yg tu kita cite kemudian..

sungguh! perjalanan yang agak memenatkan..kerna malam tu jugak aku dah kena rush lagi balik ke Miri semula.. bukan tak dibenarkan stay semalamam kat KL nuunn..tapi aku yang tak nak! ceh! ..alaa bukan ape lah, hati keibuan aku ni haa.. sayang nk tinggalkan kekasih2 hati nih lelama..bukan x harap kat abah.. tp tak moh lah.. risau nt anak2 mama tak senang nk tido..pikir mama jugak nanti ntah dapat ke tidur asyik teringat anak2 mama dua orang tuu.. hehe! takperlah.. ni pengorbanan yang mesti mama lakukan buat anak2 mama kann..! (lagi pun si bujang tu pun masih bf lg..kang mencari2 plak nenen sape nk disumbat tengah2 malam tu kang..haha!)

perbincangan tu bermula dalam kol 2.00petang, tak lama pun..bincang punya bincang.. cari punya cari.. (cari bahan bukti woo!).. dan akhirnya, selesai.. selesai ape? selesai la sesi menentukan siape yang boleh jadi saksi kes tu nanti la.. oh! okeh dan selamaatt..aku dikecualikan..! seram woh! sape yang nak..? masuk mahkamah!! walaupun kita di pihak yang benar!.. kang tak pasal salah jawab benda yang hakim tanya kang.. dah ditafsir kepada maksud yang lain.. baguslah! serah ajer lah kepada mereka2 yang lebih arif kan..! selesai sesi tersebut dalam kol 4.30petang mcmtu.. yeay! aku dah boleh balik!.. terus amik teksi ke KLIA.. malas lah nk stay lelama kan.. sampai awal boleh relax awal.. yer lah mengantok bangun awal pagi pun x hilang lagi..

alhamdulillah..malam dalam kol 11.00pm sampai Miri..tak sabar nak jumpe kekasih2 hati mama! baaiikk..terima kasih la abah..dapat jugak masa bersama dengan bebudak ni kann..! (walaupun sibuk 18jam..huh!)..okehla.. dan untuk hari ini.. kenalah jugak rajinkan diri..sambung dan buat kerja yang patut2 disiapkan sebelum nak bercuti ni..yeah!holidaaayyyy!! bercuti ke mana? ah! tak sabar rasanya..ok nak tau?..akan diceritakan lagi nanti..tungguuuuu ya!!..

Tuesday, March 8, 2011

bermulanya di sini!

dengan galakkan, dorongan dan desakan .. di sinilah ianya bermula..
nantikan lagi..lagi..dan lagi..

selanjutnya akan saya kongsikan tentang My Only Passion with SHAKLEE.. teeheeehee LOVE IT!!

tengs to my cikgu, mrs.jujue!