Pages

Saturday, December 8, 2012

Promosi Sepanjang Disember 2012 : Shaklee Collagen Powder

buy 6 free 1 : shaklee collagen powder
salam disember semua.. diam tak diam dah pun 8 hari kita menjengah bulan akhir bagi tahun 2012 ni kan. sekejap je pun dah hujung tahun.. next, 2013 akan menjelang. wow! umur pun semakin meningkat ler kan.. babai 20's.. and welcoming 30's!! wallaaa..macam tak percaya jer dah nak masuk umur 30-an nih .. baguslahh..Alhamdulillah setidak-tidaknya kita masih dikurniakan nikmat umur, kesihatan yang terbaik disamping keluarga tersayang.. suami dan anak-anak tercinta. alhamdulillah hampir lebih dari separuh impian saya dah pun tercapai. Alhamdulillah.. sikit pun tak nyesal kawin pada masanya dan dikurniakan tiga orang cahaya mata yang sihat, comel dan sangat aktif ituu!! hihi.. :-)..grrrr...

okayla..mungkin ramai yang dah tahu tentang promo bulan ni kan!?..yesss! collagen powderr yang sangat powwerrr... 

apa istimewanya Shaklee Collagen Powder ni?.. let's check it out : sumber : website shaklee

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi :-
  • 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, :-
  • ekstrak biji benih Camellia japonica, 
  • ekstrak Pfaffia, 
  • kolagen ikan, 
  • ekstrak kerangkerangan, 
  • Lactobacillus acidophilus, 
  • vitamin C dan 
  • vitamin B 
yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 

haa..best tak?! best tak?..!! mestilaahh bestt kannn..!!

bukan itu sahaja, ia mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda dan extra tips!, boleh dibuat masker pada muka juga! oh yeah!.. okeh.. let's share. sila pilih di antara pilihan yang dibawah :- hehehe..


  • sedikit kolagen dilarutkan dgn pencuci muka Nutriwhite. 
  • sedikit serbuk esp + kolagen.
  • sesudu teh kolagen + campurkan dengan sedikit air.
  • lain-lain extra tips, boleh nk diselang-seli kan seminggu sekali dengan vita-C atau vita-E juga!

sila buat mana-mana pilihan di atas dan tempek ke muka selama 15 minit. kalo muka ada jerawat, cukup 5 minit. dan hasilnya..kulit terasa lebih lembuttt jer.. saya dah cuba! separuh jalan sambil berblog ni dah pun saya selesai bermasker..dan sekarangg,..masa untuk tidurr.. anda harusss cuba Shaklee Collagen Powder ni. Hubungi saya sekiranya berminat! :-)


jom-jom rebut peluang keemasan dengan harga yang berbaloi-baloi bulan ini sahaja! sementara stok masih ada.

sms / whatsapp / bbm : 0176772416
email : iszuraini@hotmail.com

-salam sayang- n.i.n.i.e :)


Monday, November 19, 2012

keterujaan tentang kolagen

salam pagi semua. Alhamdulillah masih berpeluang buat saya mencoretkan sedikit kisah menarik tentang keterujaan saya baru-baru ni mengenai kolagen.

biasalah umur pun dah semakin menghampiri ke usia 30-an, sure lah kerisauan tu mesti ada bila menatap wajah kat cermin ni kan. bukan lah nk kata dah nampak kedut-kedutan tuu. kulit muka saya masih tegang lagi okay!..haha! cumanya kan lebih baik bersedia menghalang ia nya terjadi sebelum bila dah dapat kedutan sok sok ha! baru nak gelabah mencari segala produk ni produk tu bagai kan dah terlambat kann.. saya x nak lah jd camtuu..biaselah kann..perempuan.. (nak cantik pun bukan tuk sape pun, tuk suami gak kann..!) :-)

tak bangga ke kalo ada yg cakap ha tu.. si dia tu..nampak cam anak dara kann..? muka cantik, body ramping, x macam dah kawen, dah ada anak..apa?! anak dah tiga! waahh! (kembang-kempis lah jugak kann kalo si suami dengar isteri nya dipuji camtu kann..hahaha!).. okay..okay.. ni bukan nak cerita pasal saya yang kena puji ni..belom lagi..lahh.. sbb saya belum pun habis sekotak Shaklee Collagen Powder yang saya punya tuu. masih blum habis sekotak yang ada 15 sachets tu. dan katanya,.. melalui kajian yang shaklee jalankan, selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit lebih baik secara menyeluruh..  so belum lagi laa.. tapi soon hihi!.. (kalo puji bab saya comel..adelerr..auuww! heheh)

okay ini dia testimonial bergambar penggunaan shaklee collagen powder yang memang poweerrr!!



lihat gambar atas ni.. kesan pigmentasi yang makin pudar dan samar-samar. kulit nampak lebih lembut, makin cerah, kesan sunburn dan calar-calar pun hilang!.. amazinggg kannn.!! :-) tahniah sahabat! beliau ni adalah umie kepada tiga org anak tau.. kann..macam tak percaya jer kann.. ha! yes umur pun menjengah ke angka 30 dah,.. nampak tak?! bestt kann !! okay! jom! kalo anda rasa nak kulit halus, cerah, berseri dan sihat macam kawan kita nie..hubungi saya utk sebarang pesanan dan pertanyaan. moh! kita kasi perabih collagen powder shaklee yang dok ada kat pasaran tu.. (haha! dah macam sambutan hangat dua item hottt shaklee ESP dan Vita-C kann!).. okay.. have a nice day ahead everyone! :-)

dapatkan sekotak collagen powder shaklee anda hari ini! 



Tuesday, August 28, 2012

cerita raya dan berpantang ~ seronoknya raya dan berpantang dengan Shaklee

salam aidilfitri kenalan sekalian. seronok berhari raya? bagaimana sambutan hari raya anda semua? dalam kemeriahan sambutan berhari raya, jangan dilupa pada yang tiada dan serba kekurangan dengan sambutan yg besederhana yea! bagi saya tahun ini, Alhamdulillah.. sambutan raya yg sangat best walaupun dalam tempoh berpantang ya! 

harini genap 30 hari sudah tempoh berpantang, dan ini wajah baby baru kelahiran 28 Julai 2012. diperkenalkan our new and latest mylovely [H] ; Hayyan Haq b. Mohammad Zuhadi. syukur Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesenangan dan dipermudahkan saat melahirkan cahaya mata yang ketiga ini sama seperti yang sebelum2 ini.
Sangat Comel kannn..! Tido kemain lagi tangan tuu keluar dari dibedong.
makanya pada tarikh hari raya aritu, saya baru berpantang 23 hari. (dalam hari kata orang). kesahnya ini first time saya sambut aidilfitri dengan berpantang. mulanya risau gak bukanlah risau kan apa, lebih kepada risau tak dapat nk makan sedap2 nanti bila time hari raya kann.. maklum ajer la sume hidangan first raya n second raya selalunya memang tak hengaatt! ape dah juadah raya aritu yea..? ha! bayangkan ajer la dengan spagethi + nasi himpit + kuah kacang + rendang ayam + mee soto sume pon mmg best best belaka. tapi diam tak diam sume tuu telah pun ku sebat dan telan jua..hahaha! macam bukan berpantang dah nih..pantang nampak dah tuu kann!..hahahah. okay, ni gambar raya kami sekuarga (sila focus pada gamba org yg dalam pantang tu okay!?)..

first day raya @ day 23rd of confinement

second day raya @ day 24th of confinement
ha! segarr bugaarr kann.. sebabtula penangan makanan yg berzat di kala waktu berpantang itu penting ya!.. kalo asek dok telan sup kering ngan ikan goreng jer mana bleh tahan kann! dan yang paling penting jangan dilupakan supplement2 nih. sangat penting ya, kerana apa? sebab ia memberi nutrien dan memberi tenaga pada ibu2 berpantang dan lagi2 yg menyusukan badan pada baby tu kann..penting ya!!  baby pun nak zat makanan jugak daripada susu mama dia kann.. dan ini, supplement shaklee yang saya amalkan sepanjang tempoh confinement saya :-
dan hanya selang sehari dua saya tambahkan ALFALFA, OSTEMATRIX dan tak lupa juga OMEGA dalam pengambilan supplement harian saya. untuk ketahui keterangan lanjut tentang produk-produk lain untuk supplement harian anda boleh hubungi saya selanjutnya ya!

Friday, August 3, 2012

Promosi Bulan Ogos 2012 - Nutriferon


Yeayy! PROMO bulan Ogos >> NUTRIFERON!!


*Sumber gambar : Facebook Shaklee Malaysia
Mari, saya kongsikan sedikit info dan sejarah tentang Nutriferon ni ya..

Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

Nampak tak? hanya secara EKSKLUSIF melalui SHAKLEE okay..! :).. dan lagi info tambahan mengenai Nutriferon ni.. :-

Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi. 

Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai-kedai biasa. (sekali lagi! memang EKSKLUSIF..) Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee! Nutriferon merupakan satu produk berpaten, campuran ekstrak tumbuhan bagi pengukuhan imun yg terbukti secara klinikal. Bila diambil secara harian dapat meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh badan anda yang merupakan pengaktif kritikal sistem imun*. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat.

Apa itu interferon? Basically ianya adalah sejenis hormon yang berfungsi sebagai perisai penting dalam sistem pertahanan badan terhadap virus-virus. Di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidsophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan pelbagai jenis penyakit. 

Sekian,..tunggu apa lagi?.. peluang untuk dapatkan harga EKSKLUSIF hanya untuk bulan OGOS ni sahaja ya!!.. :))

Hubungi saya jika anda berminat untuk mendapatkan NUTRIFERON!

Iszuraini Ismail [Ninie] : Shaklee Independent Distributor [858780]
017-6772416
|iszuraini@hotmail.com

Tuesday, May 8, 2012

Minuman penghilang dahaga

Alhamdulillah, pagi yang cerah dan ceria hari ini, mudah2an dibukakan pintu rezeki buat kita semua dan diberi kemudahan dalam menjalani urusan seharian. Maka, disebalik keindahan pagi ini tambahan lagi dgn nyenyaknya tidur malam tadi..(tu yg dpat bangun awal ni)..hehe. dapatlah jugak saya idea pagi ni untuk berblog dan berkongsi info tentang satu lagi minuman kegemaran saya selain daripada ESP. Ooyeah! yang ini  dijamin tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan. Ini dia Shaklee Performance Drink yang juga sebagai minuman elektrolit dengan natural orange flavor. Ianya mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Sangat elok bagi menggantikan minuman 100 plus atau revive yang bergas. Say NO to minuman bergas okeh! sangat tidak bagus untuk kesihatan lagi pulak dengan gula tambahan.Ooh! NO! NO! NO!..

 
Performance Drink juga sebagai minuman penyahhidrat lagi-lagi musim cuaca panas yang lain macam sekarang ni. Tak cukup pulak tu dengan pakej demam dan sakit2 tekak kan?. Ha, cubalah Performance Drink nih, ia sangat membantu to maintain bendalir dalam tubuh. Sekiranya ada yang bercadang untuk menggantikan puasa esok2 ni, minggu ni, bulan depan ke, dan tertanya-tanya apakah sesuai untuk memastikan tenaga yang berkekalan?.. Performance Drink la cadangannya ya!
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, seisi keluarga sangat digalakkan untuk mengamalkannya terutama yang kerja di tengah panas. Anak2 demam atau cirit-birit pun elok amik ni kerana ia boleh bantu mencegah dehydration. InsyaAllah sebagai penawar yang terbaik. Cubalah!

Oh ya! tak lupa juga saya nak selitkan testimonial mama saya yang baru nih mengerjakan umrah selama 23hari di sana. Sejak saya gemarkan keenakkan rasa natural orange flavor Performance Drink ni yang ala-ala oren jus tang tu kan, saya hadiahkan mama satu canister Performance Drink ni sebagai bekalan minuman waktu di sana. Alhamdulillah, pulang dari umrah mama dok bercerita betapa Performance Drink yang saya bekalkan itu memang menjadi minuman peneman setia selain daripada air zam-zam. Benar minuman ini memberikan tenaga buat mama walaupun dengan cuaca yang panas terik dan InsyaAllah sekarang ni, akan saya bekalkan satu canister Performance Drink ini setiap bulan buat mama dan papa.
cucu yang gumbira kepulangan atok dan nenek dengan hadiah anak patung. eh! doll ni boleh bergelek tau!..sukalaa sangat tuuu!
isyraf-anak ablong, yang dah ala-ala pak arab ni! smile!! hehe.
Berminat? Sila hubungi saya di 017-6772416| iszuraini@hotmail.com utk sebarang pertanyaan dan pesanan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


Wednesday, March 28, 2012

Saat Rindukan Dirimu

Assalamualaikum kenalan sekalian, seperti janggal untuk memulakan bicara kalini. cewah! puitis lah pulak intro nih. tengok tajuk jer pun dh jiwang. bukan lah... ni biaselah ni, mood keseorangan time nih. mood merindui macam2 lah...rindukan keluarga, rindukan suami dan anak2.. dan rindu nk update blog ni jugak!.. emm, sebagai pengubat kerinduan di kala keseorangan nih bagus jugak ada blog ni kan.. boleh jugak mengalih kan serba sedikit perasaan rindu tu tadi. 

Tetapi sebelum tuu, kenapa berjauhan rindu2an, keseorangan plak nih?.. ohh.. cuma dua - tiga hari mendatang ni jer kot.. first time berjauhan dari anak2. kerana tuntutan kerja, apa bleh buat kan, 'saya yang menurut perintah' lah katakan.. saya percaya ni feeling2 normal la kan bila bekerja makan gaji ni..bila kita diberi kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan jadi kenalah berkorban, kan?! yang penting kita cuba dapatkan yang terbaik dari setiap sesuatu yang berlaku itu .. pasti ada hikmahnya! InsyaAllah!

Okay, sebagai memenuhi tuntutan minat saya pulak, jom kita share panduan asas dalam memilih makanan tambahan.. sebab ramai yang bertanya dan nak tau kan apa yang perlu dipilih sebagai asas panduan pemilihan makanan tambahan ni. maklumlah berlambak2 dah sekarang ni pelbagai jenama dan berbagai jenis pilihan makanan tambahan yang ditawarkan. dekat farmasi jer pun dh berapa byk daa..dan sumber ini diperoleh daripada sumber tulisan Dr. Bruce Millers, sebagaimana yg dikongsikan bersama di sini :

PROTEIN 

Fungsi
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Panduan memilih
Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

Multivitamin

Fungsi
Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Panduan memilih
Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C

Fungsi
Meningkatkan respons imun. 
Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). 

Panduan memilih
Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.


ALFALFA

Fungsi
Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Panduan memilih
Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai

VITAMIN E

Fungsi
Melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Panduan memilih
Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.

B-Complex

Fungsi
Membantu memerangi kelesuan. 
Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. 
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
Perlu bagi saraf sihat. 
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.

Panduan memilih
Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

LESITIN

Fungsi
Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua.
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf.
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Panduan memilih
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.

Kalsium

Fungsi
Membina tulang dan gigi yang kuat.
Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot.
Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan.
Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

Panduan memilih
carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.


BESI

Fungsi
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Panduan Memilih
Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.

ZINK

Fungsi
Perlu bagi memulihkan luka.
Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons stres.

Panduan memilih
Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN/ FIBER

Fungsi
Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari

Panduan memilih
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.

JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi
Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.

Panduan memilih
Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

EPA/OMEGA

Fungsi
Boleh - menurunkan trigliserida.
Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Panduan memilih
Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal

Dan pilihan saya?..semestinya SHAKLEE u..! ngeheheh! =D